Novel Jalan ke Puncak : Latar Tempat (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 2)

Novel Jalan ke Puncak : Latar Tempat (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 2) (Juri Durabi)

LATAR TEMPAT :

1. Bandar Miri

contohnya Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan.

2. Rumah Pak Sahok

contohnya Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuknya agar mengizinkan dia menggunakan tanah rizab yang bercantum dengan tanah Pak Sahok untuk tujuan menternak ikan.

3. Tangki minyak nombor 12 milik syarikat Shell

contohnya tangki minyak yang rosak itu dibaiki oleh Laiman dengan sempurna tetapi telah terbakar menyebabkan Laiman berasa hairan.

4. Restoran di Miri

contohnya Laiman makan bersama-sama Soniah di sebuah restoran. Ketika makan, Soniah meluahkan hajatnya ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sama seperti Laiman.

5. Kebun tembikai

contohnya tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan mereka berasa bangga apabila usaha yang dilakukan sejak dua bulan lalu telah mengeluarkan hasil.

6. Gerai Pitas

contohnya Laiman dan Milan berniaga kuih yang dipajaknya daripada orang-orang kampung untuk mengisi masa yang terluang dan mahu mencari duit sebanyak mungkin.

7. Kampung Kusilad

contohnya Kampung Kusilad merupakan tempat tinggal Laiman dan tempat dia melakukan aktiviti pertanian dan perikanan sehingga berjaya menjadi usahawan tani.

8. Universiti Kebangsaan Malaysia

contohnya tempat Soniah belajar sehingga tamat pengajiannya dalam bidang kejuruteraan.

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment